Thursday, April 2, 2009

PENGENALAN

Kelab Pemilik Mitsubishi Lancer Pantai Timur

Kelab ini mula ditubuhkan pada 2009 yang melibatkan pemilik kenderaan Mitshubishi Lancer A172, 174, 175, 176 hingga EX 2000. Kelab ini bernaung dibawah Kelab Pemilik Mitsubishi Lancer (PEMILANC) dan di kenali sebagai Pemilanc Pantai Timur

Persatuan Pemilik Mitsubishi Lancer (PEMILANC) Pantai Timur mula ditubuhkan pada tahun 2008 yang melibatkan keahlian dari negeri Terennganu, Kelantan dan Pahang. Idea penubuhan ini tubuh daripada beberapa pemilik kenderaan jenis A172, A174, A175, A176 dan EX2000 dari tahun 1980 dan keatas. Pada awal penubuhan kelab ini hanya dianggotai oleh beberapa pemilik kenderaan jenis ini, tetapi memandangkan sambutan yang menggalakan dan kemudiannya mereka telah bersetuju untuk bernaung dibawah satu kelab. Sebelum penubuhan persatuan ini kebanyakan bergerak secara individu dan tiada sebarang perancangan untuk program tahunan untuk penglibatan dan kebajikan ahli. Keanggotaan persatuan ini melibatkan pelbagai peringkat umur dan memiliki kenderaan jenis ini tanpa mengira standard ataupun yang telah siap diubahsuai.

Persatuan ini bernaung di bawah Persatuan Pemilik Mitsubishi Lancer (PEMILANC) Malaysia dimana keanggotaannya melibatkan Persatuan Pemilik Mitsubishi Lancer (PEMILANC) Zon Tengah (Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor), Persatuan Pemilik Mitsubshi Lancer (PEMILANC) Zon Utara (Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis) dan Persatuan Pemilik Mitsubishi Lancer (PEMILANC) Zon Selatan (Melaka dan Johor)

Tujuan utama penubuhan persatuan ini adalah kerana minat yang mendalam terhadap kereta jenis tersebut dan berkongsi pengetahuan dalam aspek mekanikal. Selain itu juga ia adalah untuk merapat perhungan sesama ahli melalui program yang telah dirancang. Selain itu juga penubuhan persatuan ini adalah untuk memenuhi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Penubuhan persatuan ini juga dapat memenuhi tanggungjawab sosial dengan kerja- kerja kebajikan.

Program yang sering dijalankan oleh kelab ini adalah adalah konvoi perjumpaan ahli-ahli pada setiap bulan, menghadiri majlis jemputan kenduri kahwin ahli, perkelahan, sukaneka, sambutan hari kelahiran ahli dan lain-lain lagi

OBJEKTIF DAN MATLAMAT

1. Merapat hubungan silaturahim sesama ahli persatuan dan dengan persatuan permotoran
yang lain.
2. Menambah pengetahuan yanng mendalam dalam bidang permotoran khususnya mengenai kenderaan jenis ini, cara pengendalian dan penjagaannya.
3. Mengisi masa terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah dan mengelak daripada aktiviti negatif seperti lumba haram, rempit dan sebagainya.
4. Mendidik ahli persatuan dengan dengan program-program kemasyarakatan agar menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
5. Memberi pendedahan kepada ahli persatuan tentang pengetahuan dan keselamatan di jalan raya.
6. Memupuk kerjasama dan persefahaman di antara semua ahli Kelab dan saling bantu membantu dialam bidang yang berkaitan.
7. Mempertingkat dan mengekalkan tahap tertinggi yang seboleh mungkin dari segi pengetahuan,kemahiran, kecekapan dan etika bagi ahli Kelab.
8. Mempertingkatkan peranan berkaitan permotoran di dalam pembangunan negara.
9. Menyebar dan memaklumkan maklumat kepada semua ahli Kelab mengenai perkembangan dan teknologi permotoran, kesedaran tentang keselamatan jalanraya dan hal-hal berkaitan teknikal permotoran.
10. Untuk menggalak dan membantu dalam mengadakan kempen, pameran, demonstrasi dalam bidang berkaitan bagi memenuhi bagi memenuhi matlamat Kelab.
11. Mengadakan koresponden atau sebaliknya berkaitan pertukaran maklumat atau pendapat dengan Kelab Permotoran lain.
12. Melibatkan diri dalam mesyuarat / forum di pelbagai peringkat dalam bidang permotoran bagi mempertingkatkan aktiviti Kelab di peringkat nasional dan antarabangsa.



Perjumpaan dan Penubuhan Kelab

Majlis perjumpaan pertama pemilik kereta lancer telah diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut :
Tarikh :31 Oktober 2008
Masa :10.00 pagi
Tempat : Kompleks Rakan Muda,Kampung Raja,Besut,Terengganu.
Kehadiran :30 buah kereta dari Terengganu dan Kelantan
Antara gambar-gambar yang dirakamkan pada majlis tersebut